Gambar Ratu Cantik Muslimin 2014

Penganjuran Ratu Cantik Muslimin  jauh berbeza daripada pertandingan ratu cantik acuan Barat.Acara ratu cantik ini menyaksikan penyertaaan 18 finalis, termasuk yang berkerjaya sebagai doktor dan saintis komputer, yang mempamerkan pakaian yang indah dan santun.


Yogyakarta : Peserta dari Tunisia menyeru tentang pembebasan Palestin sewaktu beliau memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah yang dianjurkan di Indonesia semalam.

Saintis komputer, Fatma Ben Guefrache telah diumumkan sebagai pemenang dan melayakkannya menerima hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas, dan pakej umrah ke Mekah.

"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini, dan membebaskan Palestin. Tolonglah, tolonglah, bebaskan rakyat Palestin dan Syria,” ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.



Kesemua peserta pertandingan itu perlu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah para pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan tentang Islam dalam dunia moden.

"Kami mahu mereka memahami segalanya tentang cara hidup Islam, dari sumber yang mereka makan, pakai dan cara menjalani kehidupan," ujar salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

Anugerah Muslimah Sedunia pernah menarik perhatian dunia buat kali pertama pada tahun 2013 apabila pihak penganjur menjayakannya sebagai bantahan terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa yang sama di Bali.

Walaupun acara Ratu Cantik Dunia popular di beberapa buah negara, ia sering mendapat kritikan kerana dikatakan merendahkan maruah wanita khususnya apabila terdapat syarat memperagakan bikini.

Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang wapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di Yogyakarta, Pulau Jawa. Ia sebagai tanda bahawa orang Islam menghormati penganut agama-agama lain, kata penganjur.

Acara tersebut bagaimanapun berdepan beberapa cabaran awal seperti peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut, peserta yang terlepas menaiki penerbangan dan tujuh finalis yang akhirnya terpaksa membatalkan penyertaan kerana masalah visa. -Astroawani

1 comment... add one now

azmi azmi 1:40 AM
tahniah...xsemesti rupa yg kurang menarik tak blh berjaya.....ilmu pengetahuan yg bnyk bnyk membantu.