Remaja 17 Tahun Mengintai Terus Angkat Kain

Secara tiba-tiba tertuduh masuk ke tandas dengan menutup kepalanya yang hanya menampakkan matanya.

Tertuduh kemudian mengangkat kain dan menunjukkan kem#luannya kepada pengadu hingga menyebabkan pengadu panik dan menolak tertuduh.

KUALA KRAI - Gara-gara mengintai wanita sedang mandi seorang pemuda warga Thailand dijatuhi hujuman penjara sebulan di Mahkamah Majistret Kuala Krai, semalam.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh berusia 17 tahun telah pergi ke belakang rumah pengadu di Kampung Jelkis, Lata Rek kira-kira jam 12.30 pagi 1 November 2014 .

Pada masa tersebut wanita berusia 20 tahun itu sedang mandi.

Ketika itu, pengadu mendengar bunyi orang sedang berjalan ke arah tandas tersebut lalu menyuluh menerusi lubang pada tandas tetapi tidak dapat melihat orang di situ.

Selepas menolak tertuduh, pengadu terjatuh seterusnya tertuduh melarikan diri ke belakang tandas.

Majistret Nor Ahmeed Fahd mengarahkan tertuduh menjalani hukuman serentak dengan tarikh tangkapan pada 2 November lalu.

Pendakwaan kes dilakukan Inspektor Aizuddin Jamaludin.

0 comment... add one now