Budak 3 Tahun Dibunuh Kerana Selalu Ejek Pemuda

Kegilaan apakah hingga seorang pemuda berusia 30 tahun boleh sentap dengan budak 3 tahun?Punca budak berusia 3 tahun dibunuh adalah kerana dia selalu ejek pemuda tu.

Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.

"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.-hmetro

0 comment... add one now