Kamera Ini Boleh Nampak Objek Di Sebalik Baju

Keinginan manusia untuk melihat objek yang terselindung disebalik pakaian nampaknya  menjadi kenyataan.Korea Selatan baru-baru ini berjaya membangunkan kamera tembus pandang yang dapat meneropong di bahagian dalam baju mahupun objek di dalam kabus dan terlindung. 

Penyelidikan R&D di bandar Yongin, wilayah Kyeonggi Korea Selatan, baru-baru ini mempamerkan ciptaan mereka yang dikenali nama MIRAE, singkatan kepada Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, iaitu sejenis kamera yang mampu mengesan gelombang milimeter sehingga tembus pandang.

Dalam presentasi itu, MIRAE berjaya menangkap secara tepat posisi dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap kedudukan dan garis bentuk kereta itu.

Disamping itu, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imej nyata objek yang berada di dalam kepulan api dan asap kebakaran serta berjaya merakam imej sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.

Mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu dalam masa tiga tahun.

0 comment... add one now