Kakak Bertukar Jadi Pocong Kerana Datang Haid Di Kubur

Kakak Bertukar Jadi Pocong Kerana Datang Haid Di Kubur-Panggil saja saya Baby Ezam. Saya mempunyai pengalaman yang amat mengerikan dan tidak dapat saya lupakan. Kisah ini terjadi pada tahun yang lepas. Ceritanya begini...

Pada suatu hari, kakak menerima satu berita buruk tentang kematian teman sekolah rendahnya. Kakak pun pergi menziarahi arwah temannya yang terletak di kawasan Punggol. Ketika itu kakak memberitahu saya, dia sedang kedatangan "haid". Dia memberitahu saya bahawa dia hanya melawat di rumah dan tidak mengikuti menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Tetapi setibanya di sana, kawan-kawan kakak pun mengajak kakak untuk mengikut ke tanah perkuburan. Menurut orang-orang dulu, tidak bagus jikalau seorang wanita yang sedang kedatangan 'haid' melawat orang yang telah meninggal dunia di tanah perkuburan.


Setelah kakak melawat temannya di tanah perkuburan, dia pun pulang. Waktu dia sampai ke rumah, jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia pun seperti biasa berbual-bual dengan saya dan menceritakan saya tentang arwah temannya. Setelah berbual-bual, kakak pun tertidur. Saya mengejutkan kakak suruh mandi, kerana daripada dia pulang, dia belum mandi. Kejut punya kejut, tetap dia tidak sedarkan diri. Saya pun malas nak layan, dan terus tidur disebelahnya. Tidur seperti biasa.

Sedang tidur dengan nyenyak, tiba-tiba, saya tersedar pada pukul 3 pagi. Waktu itu saya tidur dalam keadaan tiarap. Saya angkatkan kepala saya dan pusing ke arah kakak. Saya membuka mata, alangkah terperanjatnya melihat kakak terbungkus seperti POCONG!!! Punyalah terperanjat saya...!!! Saya dengan pantas menolehkan kepala saya ke arah kiri. Tetapi tetap tidur dalam keadaan meniarap. Saya terfikir-fikir, betulkah apa yang saya nampak tadi??? Saya inginkan kepastian, jadi saya pusingkan lagi kepala saya ke arah kakak. Alangkah terperanjatnya, tubuh kakak benar2 telah bertukar menjadi seperti orang mati!!! Tapi saya tidak dapat melihat wajah siapakah yang terbungkus pada waktu itu.

Istighfar punya istighfar... Allah sahaja tahu bagaimana saya rasakan waktu itu. Saya tidak bangun dan pura-pura tidur. Keesokan hari, saya memberitahu ibu dan ayah apa yang saya nampak malam semalam. Dan kami dapati kakak sakit, demam panas.. Seminggu kakak sakit. Itu saja yang saya ingin berkongsi. Terima kasih.

0 comment... add one now