Video Mamak Bersihkan Kuali Dengan Mop Lantai

Pekerja restoran mamak kebanyakannya adalah dari India,diimport dari kampung kerana kos gaji untuk mereka adalah murah dan mereka menurut arahan selain rajin.Budaya mereka dari sana pun dibawa sama.Lihat seorang pekerja mamak yang membersihkan kuali atau plat roticanai hanya dengan mop lantai.
Kuala Lumpur – Tindakan seorang pekerja restoran di Setiawangsa yang mengunakan mop lantai untuk mencuci kuali leper menimbulkan kemarahan salah seorang pelanggan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, pelanggan tersebut kemudiannya merakamkan perbuatan tersebut mengunakan telefon bimbit sebelum mengirimkannya kepada pemilik restoran terbabit.

Menyedari akan kesilapan yang di lakukan oleh pekerja tersebut, majikan restoran terbabit lantas mengambil tindakan terhadap perbuatan yang menjijikan itu.

Menurut sumber SuaraTV pemilik restoran terbabit mengakui rakaman berdurasi itu 0:43 saat itu berlaku direstoran miliknya.

“Memang kejadian (tersebut berlaku) di premis kami di Setiawangsa. Dah siasat awal pagi tadi (dan pekerja tersebut) telah di ambil tindakan.

“Kami akan beri perhatian yang lebih dalam isu-isu seperti ini” kata pemilik restoran terbabit kepada pengadu.http://www.suara.tv/2014/11/23/video...an-mop-lantai/

Mungkin bagi pekerja tersebut,lantai yang digunakannya masih bersih,jadi tak salah kalau mop lantai tadi di mop pula kat tempat buat roti canai,asalkan jangan guna berus jamban,itu baru dikira kotor.Korek hidung,kebersihan diri?lepas keluar jamban? anda fikir sendiri..

0 comment... add one now