6 Trailer Filem Best Sempena Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah sudah pun bermula, pastinya banyak aktiviti yang dirancang kedua ibu bapa bagi mengisi lapang anak-anak dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Kem motivasi dan majlis ilmu semestinya menjadi keutamaan, namun jangan lupa untuk menyelitkan aktiviti santai seperti merancang percutian yang menarik dan membawa mereka untuk bersiar-siar ke tempat-tempat yang sesuai.

Sesekali hiburkan hati mereka dengan membawa anak-anak mahupun adik-adik ke pawagam bagi menonton filem-filem yang bertemakan fantasi dan pengembaraan yang bakal ditayangkan bermula bulan hadapan!

Antara filem-filem yang boleh dijadikan pilihan adalah:


Beauty And The Beast (4 Dis)


Anak-anak kecil anda pastinya menyukai filem fantasi dan romantik yang diadaptasi dari kisah dongeng popular di kalangan kanak-kanak iaitu "Beauty And The Beast".

Filem Perancis yang diarahkan oleh Christopher Gans ini turut dikenali sebagai "La Belle Et La Bete" menceritakan bagaimana seorang gadis cantik dan menawan yang sudi menerima cinta dari seekor makhluk menyerupai 'monster' buas yang buruk rupanya.

Kisah dongeng popular daripada Gabrielle Suzanne Barbor De Vileneuve ini turut dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Vincent Cassel, Lea Seydoux dan Andre Dussollier.



A Fantastic Ghost Wedding (4 Dis)


Filem lakonan Sandra Ng dan Mark Lee ini pastinya mencuit hati anda sekeluarga kerana padat dengan aksi dan insiden lucu.

Kisah bermula apabila seorang lelaki telah ditugaskan untuk mencarikan seorang isteri bagi seorang remaja lelaki yang sudah meninggal dunia. Pencariannya menemui hasil yang tidak disangkakan dan lebih banyak cerita dan rahsia pasangan ini berjaya dibongkarkan!

Apa agaknya rahsia tersebut? Jangan lupa tonton filem arahan Meng Ong ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.


The Hobbit: The Battle Of The Five Armies (18 Dis)


Antara filem yang bakal menjadi hits ini semestinya mempunyai peminatnya yang ramai dan menantikan apakah penamat kepada filem sekuel ketiga dan terakhir ini.

Bilbo dan Gandalf bergabung kembali bersama orang-orang kerdil yang berada di Smaugh bagi mendapatkan emas mereka kembali! Adakah misi mereka bakal menemui kejayaan pada kali ini?

Saksikan pengembaraan yang mendebarkan ini yang dibarisi pelakon handalan seperti Martin Freeman, Benedict Cumberbatch, Evaneline Lily, Richard Armitage, Manu Bennett, Orlando Bloom dan ramai lagi.



Terbaik Dari Langit (25 Dis)


Hangatkan industri perfileman tempatan dengan menonton filem arahan pengarah berbakat besar tidak lain tidak bukan sutradara Nik Amir Mustapha yang baru sahaja memenangi anugerah pengarah terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem "KIL".

"Terbaik Dari Langit" menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palaraie, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nissa, Sharifah Amani dan Siti Saleha.

UFO menjadi penggerak utama filem ini apabila Berg ingin menyakinkan rakan-rakannya bahawa UFO yang dilihatnya pada 15 tahun lalu adalah benar menerusi pengembaraan yang dirancang olehnya dan perjalanan mereka penuh dengan drama-drama yang tidak dijangkakan!



Night At The Museum: Secret Of The Tomb (25 Dis)



Kesinambungan filem kegemaran ramai "Night At The Museum" kembali lagi menjelang perayaan Krismas tahun ini dengan menampilkan Ben Stiller, Skyler Gisondon, Rebel Wilson, Robin Williams, Ben Kingsley, Dan Stevens dan ramai lagi.

Filem sekuel arahan Shawn Levy ini mengisahkan Ahkmanrah yang telah diperdaya untuk membuka sebuah laman di Underworld dan akhirnya telah melarikan diri daripada Kahmunrah yang jahat.

Meminta bantuan daripada John Wilkes Booth, Blackbeard dan Benedict Arnold untuk menentang musuhnya dan pengawal keselamatan Larry Daley, Amelia Eanhart dan rakan-rakan mereka terpaksa menyelesaikan kekusutan yang sedang melanda!

Seventh Son (31 Dis)


Jika inginkan sesuatu pengembaraan yang penuh dengan aksi, filem hebat arahan Sergey Bodrov yang dilakonkan oleh Ben Barnes, Alicia Vikander, Jeff Bridges dan ramai lagi ini merupakan pilihan yang tepat sekali.

Filem ini menceritakan tentang John Gregory yang berjaya memenjarakan ahli sihir hebat dan kejam iaitu Mother Malkin berabad lamanya, namun telah berjaya melepaskan diri. Ingin membalas dendam, Malkin menyeru semula pengikutnya dan pada masa yang sama John melatih anak muridnya Tom Ward yang merupakan ‘anak ketujuh’ yang dipilih untuk menentang kejahatan!

0 comment... add one now