Lelaki Hubungan Intim Dengan Anak Teman Wanita

Seorang lelaki yang dah sangap sanggup melakukan hubungan intim gila dengan anak teman wanitanya.Dia melakukan aksi terlarang itu ketika menjaga mangsa.

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Seorang pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya, tiga minggu lalu.

Kairuddin Md. Rosly, 31, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun 10 bulan di sebuah bilik di Jalan Tiong Nam di sini antara pukul 5 petang dan 9 malam, 7 November lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sew Ping mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki yang tidak diwakili peguam itu mengikut Sesyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Mustapha membenarkan permohonan Sew Ping supaya jaminan tidak ditawarkan terhadap tertuduh memandangkan pertuduhan itu melibatkan jenayah serius.

Mahkamah menetapkan 22 Disember ini bagi sebutan semula kes.

0 comment... add one now