Luahan Sedih Eizlan Yusof Bila Isteri Minta Cerai

Setelah sekian lama hidup bahagia tanpa gosip rumahtangga,tiba-tiba gempar apabila isteri Eizlan Yusof minta cerai di mahkamah.Seorang suami yang sayangkan isteri mesti sedih apabila mahkamah minta hadir untuk pisahkan keluarga.Eizlan Yusof yang selama ini melarikan diri dari media akhirnya memberi sedikut komen berkaitan perkara ini namun melalui Berita Harian hujung minggu ini, Eizlan Yusof tampil memberikan sedikit komen tentang keadaan dirinya sekarang.

“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen.


Dari gaya bahasa dan kenyataan Eizlan Yusof ini, jelas memberitahu kepada kita bahawa beliau enggan menceraikan isterinya kerana mahu mempertahankan perkahwinan tersebut. Mungkin ada ruang untuk pasangan ini kembali bersama. Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka.

Sumber asal : Portal Rotikaya

0 comment... add one now