Jawapan Balas Aishah,Adibah Nor Dan Abby Pada Mashitah

Bekas Penyanyi Aishah yang sebelum ini merupakan orang kuat Umno mengakui sudah berubah. Beliau memilih Pas kerana Islam dan ingin berdakwah melalui Pas kerana mendakwa parti ini mempertahankan agama Islam.

Aishah seorang artis terkenal sebelum ini telah menarik perhatian rakyat Malaysia apabila memilih arena politik sebagai pentas untuk meluahkan pendapat beliau yang kononnya berjuang bagi menegakkan hak rakyat yang ditindas kerajaan.

Beliau juga meluahkan rasa kebimbangan terhadap Umno dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa hadapan disamping mendakwa gejala penyelewengan rasuah yang berleluasa.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita Umno kerana menganggap Menteri Kebajikan dan Masyarakat itu tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Bagaimanapun, perwakilan Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim membidas kenyataan yang di lemparkan Aishah. Beliau berkata, banyak ustaz dan ustazah express yang muncul dari barisan artis yang tidak tahu hukum hakam.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk Pas, celaru keadaan," kata Mashitah.

Dengan sedikit perubahan, golongan artis tersebut telah di angkat menjadi ustaz dan ustazah bagi menyampaikan dakwah. Sedangkan mereka sebelum ini kosong tentang ilmu agama.

Ada yang asalnya dari seorang rockers, dari seorang artis, dari seorang model di jadikan sebagai ustaz dan ustazah dengan sedikit perubahan dan diserap penjadi pemimpin pas.

Ini menunjukkan Pas celaru dengan pucuk asal parti. Pas bukan meletakkan seorang pemimpin yang boleh membimbing masyarakat di sesuatu kawasan tetapi pas meletakkan pemimpin yang terkenal dengan populariti kehidupannya.

Aishah dalam kenyataannya dengan nada kesal mengharapkan Mashitah supaya menghentikan 'keperlian' beliau terhadap artis yang berubah ke arah lebih bagus ini dan melupakan sejarah lama mereka dan berharap dapat membimbing mereka seiring dengan dakwah tanggungjawab bersama

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," kata Aishah dengan nada kesal.

Selain Aishah, bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi juga mengulas berkenaan kenyataan Mashitah. Beliau kesal dengan Mashitah kerana dengan wujudnya golongan artis yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan tidak pula diambil peduli.

Abby berkata jika Mashitah berpendidikan agama sepatutnya beliau berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama bukan menghentam mereka.-Alip Danial/Utaranews.com-

Ini kata Abby Abadi: (HarakahDaily)

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama,"

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui,"

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain".




Jawapan Adibah Nor

A short snippet of the speech made by the Wanita delegate has been shared numerous times on Facebook inviting voices of dissents among Netizens.

In her speech, the female politician criticises celebrities who are aligned to a certain religious political party, and subsequently becoming instant religious teachers.

“Singers become ustaz, rockers become ustaz, artistes are not called ustaz, and female celebrities who now wears the headscarf and are considered as ustazah and they host religious shows on the television. They may previously be actors, singers and rockers and when they enter PAS, they disrupt the situation,” she said in the 57-second video.

She bluntly criticised attendees, who want elements of humour and singing during religious speeches.

Adibah when contacted by Astro AWANI refused comment.

0 comment... add one now