Ikan Kerapu Gergasi Dijual RM19000

Hasil tangkapan ini ternyata menjadi rezeki segera buat keluarga saya apabila ada peniaga ikan yang sanggup membelinya dengan harga RM19,000 atau RM95 bagi sekilogram.“Sejak bekerja sebagai nelayan, inilah kali pertama saya menangkap dan melihat ikan kerapu sebesar itu, mungkin antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BINTULU 20 Nov. – Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg) berbaloi bagi seorang nelayan di sini semalam apabila dia berjaya menjual hasil tangkapan tersebut pada harga RM19,000.

Nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Madin, 40, memberitahu, dia langsung tidak menyangka mendapat rezeki lumayan tersebut kerana selama ini belum pernah berjaya menangkap ikan sebesar itu.

Katanya, ikan tersebut telah dibeli oleh seorang peniaga ikan di pasar basah Bintulu.

Menurut Madin, dia menyedari ikan ‘gergasi’ itu tersangkut di pukatnya ketika berada di kawasan kira-kira 50 kilometer dari luar pantai Bintulu petang semalam.

“Saya mengambil masa kira-kira dua jam bertarung dengan ikan tersebut sebelum berjaya mendaratkannya atas bot.

“Saya bernasib baik kerana tali penarik yang digunakan untuk menaikkan pukat itu tidak putus,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di pasar basah Bintulu mendapati orang ramai tertarik untuk melihat ikan gergasi tersebut dari dekat.

Beberapa pengunjung turut ti*dak melepaskan peluang un*tuk merakamkan gambar dan menyentuh ikan tersebut.

PENJUAL ikan mempamerkan ikan kerapu gergasi seberat 200kg yang tersangkut di pukat seorang nelayan telah dijual dengan harga RM19,000 di Pasar Basah, Bintulu, Sarawak, semalam.-utusan




Kisah Tahun Sebelum Ini juga di Sarawak :

SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.

IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.


Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.-kosmo

0 comment... add one now