Gif Penjaga Gol Selamatkan Bayi

Seorang lelaki beraksi seperti penjaga gol menangkap bola telah berjaya selamatkan bayi daripada jatuh terhempas ke lantai simen.Kemalangan bermula apabila seorang bapa yang cuai meletakkan bayi diatas kerusi yang kecil.Bayi  itu yang teruja baru pandai merangkak cuba untuk turun tapi terjatuh.Seorang lelaki yang menyedari kejadian itu bertindak pantas melompat dan menyambut bayi itu dengan selamat.Pantas dan laju reflek lelaki ini seperti penjaga gol.


Info :
Kemalangan di rumah boleh membunuh dan mencederakan bayi. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru. Namun sedikit pengetahuan dan langkah pencegahan, kemalangan itu dapat dielakkan. Dalam hal ini ibu bapa dan pembantu rumah disyorkan mengetahui mengenai langkah keselamatan dan cara menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Pernah berlaku ibu bapa panik ketika anak mereka ditimpa kemalangan contohnya terjatuh. Tindakan mereka ialah mengangkat kanak-kanak itu padahal mereka perlu tahu sama ada tulang itu patah atau sebaliknya. Kerap kali nyawa dalam kecemasan berakhir dengan kematian kerana disebabkan pengguna jahil dalam aspek keselamatan dan langkah rawatan.


Ini adalah langkah mengurangkan kemalangan terhadap orang ramai dan kanak-kanak kecil.
1. Pastikan bayi diikat dengan selamat sekiranya diletakkan di kerusi yang tinggi.
2. Tentukan pintu yang menghala ke balkoni dikunci jika anak tidak diawasi .Pastikan pagar menghalang balkoni menghalang terjatuh
3. Jangan biarkan anak anda berada di buaian diletakkan di atas meja atau tempat yang tinggi.
4. Pastikan setiap tingkat bilik anda tertutup dengan selamat bagi mengelakkan anak terjatuh.
5. Gantikan alas permaidani yang sudah lusuh dan baki lantai yang rosak. Jangan letakkan tikar atau permaidani tebal di bawah tangga atau permukaan lantai yang licin melainkan ia dilekatkan. Keringkan dengan segera air yang tumpah di lantai.
6. Ibu bapa juga jangan biarkan anak-anak bermain dengan mancis, pemetik api atau bahan mudah terbakar.
7. Ibu bapa juga jangan membiarkan makanan yang dimasak atas dapur tanpa jagaan di samping tidak meletakkan makanan yang dimasak menarik perhatian kanak-kanak berhampiran tempat memasak. Ibu bapa juga perlu membersihkan ruang memasak dari minyak.

0 comment... add one now