Generasi artis Malaysia pada masa kini menyaksikan imej yang lebih sopan.Sangat jauh berbeza sekiranya dibandingkan era artis terdahulu.Trend bertudung juga sesuatu yang positif melanda dunia artis Malaysia kerana ia juga diikuti oleh peminat mereka yang menjadikan artis sebagai idola.Hari ini InTrend senaraikanpenyanyi wanita bertudung paling bergaya dan digemari di Malaysia masa kini.
Senarai Penyanyi Wanita Bertudung Paling Bergaya Di Malaysia
Berikut dibawah ini adalah top 6 fesyen bertudung artis.Gambar-gambar bertudung dibawah bukan dinilai dalam senarai ini tapi merangkumi semua fesyen bertudung artis terbabit.
1. Dato Siti Nurhaliza
Penyayi no 1 Malaysia ini mula bertudung sepenuhnya pada awal tahun 2013. Bukan sahaja lagu dan suaranya menjadi dambaan semua rakyat jelata, personaliti manja dan fesyen tudungnya sering menjadi ikutan. Berkolaberasi dengan beberapa nama fesyen terkemuka menghasilkan koleksi eksklusif tudung menjadi fenomena suatu masa dulu.
2. Yuna
Gaya turban merupakan trademark penyanyi ini. Boleh dikatakan Yuna merupakan trendsetter baru remaja bertudung untuk kelihatan bergaya. Tidak pernah gagal dalam bergaya kini Yuna menempa nama ke peringkat antarabangsa.
3. Najwa Latif
Agak lama selebriti ini senyap, mungkin kala ini dirinya sibuk dengan jadual pembelajaran kolej yang padat. Biar apapun, Najwa Latif kekal menjadi pilihan golongan remaja yang minat dengan lagu dan suara chic! penyanyi muda ini. Biar fesyennya sering dikritik oleh peminat fesyen, dirinya tenang dan terus mendaki menggapai awan.
4. Heliza Helmi
Selebriti bermata galak ini bukan sahaja miliki bakat dalam nyanyian malah bijak dalam berkata-kata. Ramai golongan universiti khususnya meminati gaya Heliza. Mungkin kerana penampilan gaya ringkas yang dipotret kan oleh Heliza merupakan citarasa masyarakat kini. Paduan gaya baju potongan “A” shape sering dipadankan dan menjadi ikutan wanita muslimah
5. Shila Amzah
Biar dipalit pelbagai kontroversi berkaitan hubungan cinta dan juga kariernya. Shila Amzah masih bertakhta di hati peminat di Malaysia. Biar gaya tudung yang tidak pernah menjadi ikutan fesyen, Shila Amzah masih mengekalkan suara dan karya lagu yang menjadi siulan di corong radio. Menggapai awan dalam kerjayanya, kini Shila Amzah Berjaya di negara China mengejar cita-cita.
6. Alyah
Selebriti berpengalaman ini bukan sahaja cantik malah gayanya sering menjadi perhatian. Ramai yang menamakan Alyah sebagai fashionista muslimah. Malah gaya Alyah juga pernah dikritik oleh peminat fesyen. Secara keseluruhan Alyah kelihatan versatil, lontaran vokal yang hebat dan paduan gaya yang memukau menjadikan Alyah seorang selebriti berpengalaman yang paling diminati.