Pengalaman dalam pertama kali bawa watak serius romantik membuatkan pelakon dan pelawak terkenal Nabil merasa gementar.Bergandingan pula dengan pelakon cantik jelita Lisa Surihani.Adegan peluk Lisa Surihani membuat tangan dia menggigil,
ikuti luahan Nabil :
“Susah sangat bawa watak romantik terutama sekali bila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Lisa Surihani. Dia sentiasa memberi lakonan terbaik tetapi saya pula kelu dan malah tangan saya menggigil bila ada adegan berpelukkan,” ujar Nabil kepada mStar Online.
Nabil dan Lisa Surihani bergandingan untuk super telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris. Ia bakal bersiaran bermula 20 November ini di Astro First Eksklusif (Saluran 480).
“Tahun ini sahaja ada empat atau lima drama yang memerlukan saya bawa watak air mata yang saya tolak. Saya terima sebab dapat bercuti di Paris, produksi mengaturkan jadual penggambaran dan mencari hos gantian untuk rancangan Meletop (siaran Astro Ria),” tambahnya.
Kalau mahu melihat Nabil dalam watak serius yang jauh berbeza dari imej sebelum ini, bolehlah anda tunggu tayangan telefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris kelak.