Luahan Kecewa Polis Trafik Disaman JPJ Ketika Bertugas

Dalam keadaan panas terik matahari,seorang anggota polis meletakkan motosikalnya di petak kuning kerana itulah tempat paling dekat dan sesuai ketika dia ingin memulakan tugas mengawal laluan trafik.Sekiranya berlaku kecemasan dia boleh bergerak pantas pada motosikalnya yang lengkap dengan telefon dan peralatan kecemasan.Tapi lain pula yang berlaku apabila dia disaman oleh anggota JPJ yang kebetulan meronda.


Polis trafik itu merasa sangat kecewa kerana telah disaman anggota JPJ terbabit ketika menjalankan tugas.Ia katanya telah mewujudkan sesuatu yang tidak harmoni sesama anggota penguatkuasa di Malaysia.Baca luahan hati beliau:



Infolaju: Orang atasan duk buat apa lagi?cuba jelaskan kenapa jadi kucar-kacir macam ni.Nasib baik ada facebook tempat luah perasaan.Entah-entah lepas ni terdengar pula Bomba disaman SYABAS (syarikat air selangor) kerana membazir air.Mungkin Tentera disaman jabatan perhilitan kerana pijak pokok yang ditanam.oh menteri ku.. oh Malaysia ku..

0 comment... add one now