Semahal mana pun tayar kereta anda,ia sebenarnya tidak membantu dalam mencengkam jalan licin ketika waktu hujan.Jadi ikutilah tips memandu ketika hujan agar anda tidak menjadi pembunuh di jalanraya.
2. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
3. Kurangkan memandu di line/lorong kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.
4. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.
5. Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.
6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
7. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.