Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah Dan Menengah

Dibawah ini disediakan senarai mata pelajaran untuk sekolah rendah dan mata pelajaran tingkatan 1 2014 hingga mata pelajaran SPM atau mata pelajaran keseluruhan sekolah menengah Malaysia.

Senarai mata pelajaran ini berguna untuk ibu-bapa dan pelajar membuat persediaan awal bagi memulakan sesi persekolahan 2015 tahun depan.

Sedikit info berguna untuk ibu-bapa yang bakal mendaftarkan anak di tahun 1.Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).



Ujian tersebut menguji:-

Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Penguasaan kemahiran matematik
Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3

PRASEKOLAH
Komponen:

Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH
Berikut adalah senarai mata pelajaran sekolah rendah seperti dirujuk dari http://www.moe.gov.my/v/pelajaran-rendah

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban (bermula tahun 3)
Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Mathematics
Science
Kajian Tempatan
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina Komunikasi
Bahasa Tamil Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Semai





Senarai mata pelajaran sekolah menengah 



Pendidikan sekolah menengah selepas tamat pendidikan sekolah rendah iaitu selepas peperiksaan UPSR terbahagi kepada dua peringkat iaitu :

1) Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
2) Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
Ianya merangkumi pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Berikut adalah Senarai Mata Pelajaran Sekolah Menengah untuk panduan pelajar dan ibu bapa semua :-

Subjek Teras

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Sejarah 
Geografi
Matematik

Subjek Pilihan
Pendidikan Islam
Moral
Kemahiran Hidup:Ekonomi Rumah Tangga
Kemahiran Hidup: Pertanian
Kemahiran Hidup: Perdagangan dan Keusahawanan
Kemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa-bahasa Eropah
Bahasa ibunda

Pilihan subjek pilihan adalah tertakluk kepada kemampuan sekolah. Pada pengajian murid-murid di Tingkatan 3, mereka akan dinilai melalui peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dahulunya, Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
Setelah tamat Pendidikan Menengah Rendah, murid-murid akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Menengah Atas selama 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).

Sejak pelaksanaan sijil terbuka, murid-murid perlu mengambil empat subjek wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah.

Aliran utama dalam pendidikan menengah atas:
1) Aliran Akademik (Sains/Sastera)
2) Aliran Teknik dan Vokasional
3) Aliran Agama

ALIRAN SAINS DAN SASTERA
Murid yang berminat dalam bidang akademik boleh memilih salah satu antara dua aliran utama. Murid yang berminat dengan sains akan mengambil subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (English for Science and Technolgy, EST).

Sekiranya memilih aliran sastera, murid akan memilih sains paduan dan sebarang subjek lain yang tidak berunsur sains seperti perakaunan atau perdagangan.

ALIRAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Selepas tamat PT3 atau PMR, murid yang berminat berpeluang untuk memilih ke aliran teknik. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
Pertanian
Perdagangan
Pengurusan Makanan
Pengajian Pakaian

Juga murid berpeluang untuk memilih ke aliran vokasional. Antara jurusan yang ditawarkan seperti berikut:

Elektrik
Elektronik
Automotif
Katering
Pengaturcaraan Komputer

Terdapat beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menawarkan aliran teknikal, tetapi bilangannya terhad dan hanya dua subjek elektif yang ditawarkan iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan.

Murid yang meminati jurusan yang ditawarkan mestilah memohon untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik secara atas talian.

Pada akhir pengajian tingkatan 5 murid-murid daripada aliran ini akan dinilai melalui peperiksaan SPM.

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH: TINGKATAN 1 - 3

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:
Geografi
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bahasa Jerman

SENARAI MATA PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH ATAS: TINGKATAN 4 - 5

Mata Pelajaran Teras:
Bahasa Melayu
English Language
Mathematics
Science
Sejarah
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Mata Pelajaran Wajib:
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

Mata Pelajaran Tambahan:
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bahasa Jerman

Mata Pelajaran Elektif:
Kesusasteraan Melayu
Literature in English
English for Science and Technology
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Geografi
Ekonomi Asas
Additional Mathematics
Additional Science
Physics
Chemistry
Biology
Information and Communication Technology
Reka Cipta
Sains Sukan
Pembinaan Domestik
Membuat Perabot
Seni Reka Tanda
Kerja Paip Domestik
Pendawaian Domestik
Kimpalan Arka dan Gas
Menservis Automobil
Menservis Motosikal
Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Katering dan Penyajian
Pemprosesan Makanan
Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
Hiasan Dalaman Asas
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
Landskap dan Nurseri
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Tanaman Makanan
Grafik Berkomputer
Produksi Multimedia
Mechanical Engineering Studies
Civil Engineering Studies
Electrical & Electronic Engineering Studies
Engineering Drawing
Pengajian Agroteknologi
Sains Pertanian
Pengajian Keusahawanan
Perdagangan
Prinsip Perakaunan
Pengajian Pakaian
Pengurusan Makanan
Ekonomi Rumah Tangga
Engineering Technology
Fundamentals of Programming
Program and Development Tools
Pola Pakaian
Membuat Pakaian
Roti & Makanan Yis
Patisserie
Penyediaan Masakan Barat & Timur
Penyediaan Makanan & Minuman
Persolekan
Dandanan Rambut
Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
Bahan Binaan
Teknologi Binaan
Prinsip Elektrik & Elektronik
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Pemesinan Berkomputer
Amalan Bengkel Mekanikal
Penyejukan
Penyamanan Udara
Automotif Kenderaan
Automotif Elektrik dan Disel
Kimpalan Arka
Kimpalan Gas
Kejenteraan Pertanian
Hortikultur Hiasan & Lanskap
Pengeluaran Tanaman
Pemprosesan Hasil Pertanian
Pengeluaran Ternakan
Teknologi Pejabat Perniagaan
Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Perakaunan Perniagaan
Applied Science
Animasi dan Rekabentuk Penerbitan
Penerbitan Multimedia Kreatif
Sistem Sokongan Komputer
Sistem Sokongan Rangkaian
Asas Kemahiran Pelancongan
Pelancongan dan Rekreasi
Bahasa Arab Tinggi
Tasawwur Islam
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah



Lihat Video Budak-Budak Berjuang Untuk Ke Sekolah

0 comment... add one now