Polis Sahkan Suspek Kes Buli Di Perlis Telah Ditangkap -Akhirnya polis telah memberi jawab mengenai klip video buli yang kedua tersebar.Menurut pihak polis,suspek ini telah pun ditangkap dan menunggu dibicarakan.
Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.
Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.
Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.
Berdasarkn klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar lelaki di dalam bilik asrama di situ.
Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.
Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.
Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pihak pendakwaan bagi membuat pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.
Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.
Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebuah bilik asrama.-hmetro
Agak pelik selepas video ni tersebar seharian,baru la pihak polis memberi jawapan.Kenapa agaknya?