Susulan Video Buli Polis Hanya Mampu Merayu

Susulan Video Buli Polis Hanya Mampu Merayu-Ketika ini pihak polis berusaha keras untuk mengesan pelaku buli dalam video yang tersebar di facebook.Video yang kurang jelas,petunjuk pun kurang dalam video ini membuatkan polis hanya mampu merayu orang ramai agar tampil melaporkan sekiranya mengenali individu atau lokasi buli tersebut.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti lokasi dua video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, arahan telah dikeluarkan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri untuk mengesan sekolah serta remaja yang terbabit dalam dua klip video berkenaan.

"Pihak polis merayu kepada orang ramai, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar terlibat yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke hadapan membantu siasatan," katanya.

Baru-baru ini, satu klip video berdurasi empat minit 37 saat dimuat naik di laman sosial memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.

Manakala sebuah lagi klip video berdurasi enam minit 51 saat memaparkan seorang remaja lelaki dipukul oleh beberapa remaja lelaki di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. - Bernama


0 comment... add one now