Beratur Untuk iPhone 6 RM6-Enam individu terbabit yang mempunyai latar belakang berbeza mula beratur seawal jam 6 petang pada 5 November 2014 meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam pada 7 November 2014.
Pembeli pertama, Max Liew Zi Yi, 24, memaklumkan beliau sanggup beratur awal untuk mendapatkan iPhone 6 64GB warna perak yang diidamkannya sejak diumumkan Apple dua bulan lalu.
"Penat tapi ternyata berbaloi," katanya.
Sementara itu, pembeli kedua, Sofrizalee Hardwick, 34, sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk beratur mendapatkan gajet baru Apple itu.
"Saya tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu kemudian terus berkampung untuk mendapatkan iPhone 6 yang ditunggu," katanya.
Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih.-hmetro