SEREMBAN – Seorang pengurus restoran dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pekerja wanita pada Selasa lalu.
Tertuduh, Khairul Nizam Zainudin,34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mencabul kehormatan diri pekerja wanita berusia 18 tahun dengan memegang belakang punggung mangsa di sebuah restoran di Taman Cempaka, Senawang, di sini, jam lebih kurang 1.30 petang pada 11 November lalu.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.