Kejam Mat Rempit Merompak Belasah Mati Buang Dalam Tasik

Oh tuhan.. makin kejam nampaknya perompak bermotosikal aka mat rempit ni.Adakah mereka ni asalnya datang dari asrama yang pernah dibuli atau dulunya pembuli.Jika tidak dari manakah asalnya sifat kebinatangan ini?Terkini mat rempit bertindak ganas apabila merompak,membelasah mati dan buang mangsa ke dalam tasik.Dari mana asalnya binatang-binatang ini?Mereka melakukan tindakan ini kerana duit,rasanya bukan untuk makan tapi untuk enjoy.. 

KUALA LUMPUR – Keseronokan sekumpulan enam remaja berkumpul sambil berbual-bual di sebuah pondok di Tasik Medan Idaman di Setapak dekat sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati dibelasah dan dihumban ke dalam tasik oleh sekumpulan perompak.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, Muhammad Khairul Fadzmi Shahrulnizam, 19, ditemui mati dalam tasik de­ngan kepala dan beberapa bahagian badannya cedera.

Sebelum itu, Muhammad Khairul bersama lima rakannya dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik tersebut sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu dan cuba merompak mereka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dua lelaki yang panik melihat diri mereka dihampiri kumpulan lelaki terbabit melarikan diri menuju ke arah kumpulan enam remaja yang melepak di pondok itu.

Menurut beliau, kumpulan 20 lelaki itu kemudian terus mengejar kedua-dua mangsa itu sehingga ke pondok itu.

“Di pondok itu, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja itu menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga mereka menyebabkan tercetus pergaduhan antara dua kumpulan.

“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan suspek itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan menyerang dia dan rakan-rakannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.-kosmo
Adakah dari filem-filem gangster ?

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.