Gambar Persiapan Mewah Perkahwinan TMJ Dan Cik Khaleeda-Majlis perkahwinan ini mestilah mewah dan penuh kemeriahan.Kenapa?Sebab yang nak kahwin tu bakal Raja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda bukannya korang yang cuma rakyat marhain ok.Jadi tak payah la nak jeles-jeles sebab korang takda kuasa pun.Kalau perkahwinan pada zaman-zaman dahulu,upacara kahwin diadakan secara terbuka dan rakyat dijamu bersama.Tapi mengikut peredaran zaman yang munculnya kamera,media sosial menyebabkan dah tak ada pricacy lagi,lebih baik ia tertutup.Yer la mana nak bahagia kalau nanti tengahari tadi bersanding gambar-gambar tersembunyi kena kutuk sana sini.Kalau terkena batang hidung korang?Marah tak?
Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pasangan tersebut bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor, bermula pukul 8 malam hari tersebut.
Beliau berkata, selain berhimpun di sepanjang jalan laluan berkenaan sejauh tiga kilometer itu, rakyat juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan tersebut menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya di sini.
"Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
TMJ merupakan putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
InfoLaju : Semoga pasangan ini bahagia .Rakyat turut bahagi.. a