Luahan Sedih Mangsa Buli Yang Kini Jadi Pelupa

Pelajar yang jadi mangsa buli menceritakan semula kejadian yang berlaku ketika dibuli.Dia yang berbadan kecil ketika itu disepak,ditendang,diheret oleh pelajar lain yang berbadan lebih besar.Dalam keadaan sakit itu dia merayu agak mangsa buli berhenti.Tindakan kumpulan buli yang seperti hendak membunuh dia membuatkan pelajar ini menangis dan teringatkan ibu dan adiknya : 

“Saya merayu kepada mereka supaya tidak terus dipukul sebab teringatkan emak dan adik. Kalau saya mati, siapa akan jaga mereka.”

Demikian kata Anas, 11, (bukan nama sebenar) mengimbas insiden dia dipukul pelajar senior di sebuah asrama anak yatim di sini sebelum rakaman video kejadian itu menjadi viral di dalam laman sosial sehari dua lalu hingga menggegarkan negara.

Anas berkata, dia anak sulung dan mempunyai adik perempuan berusia sembilan tahun. Ayah mereka sudah meninggal dunia dua tahun lalu dan ibu mereka berumur 40-an.

Menurutnya, kejadian buli itu berlaku cuti persekolahan Jun lalu, namun masih menjadi mimpi ngeri dan akan terus menghantui hidupnya.

Dalam rakaman klip video berdurasi enam minit 51 saat itu, Anas ditendang, disepak dan dihumban ke almari oleh beberapa pelajar senior menyebabkannya mengalami kecederaan ringan pada beberapa bahagian badan.

“Itu pertama kali saya diperlakukan sedemikian dan sampai sekarang saya menderita sakit kepala serta sering terlupa. Mungkin sebab kepala saya ditendang oleh salah seorang pelajar itu.-hmetro

Jangan dah besar nanti pembuli akan berkeliaran dijalan raya pula.
Infolaju-Dah budak tu jadi pelupa,pihak berwajib hantar la budak tu ke hospital buat x-ray ke hapa.Mungkin dalam video tu bukan kali pertama budak tu dipukul pada kepala.Mungkin ada lagi yang lain terlibat.Disebabkan tiada video tersebar,tiada la bukti.Hantar la pakar psikologi untuk tenteramkan budak tu balik.Kesian kalau terus diabaikan..

1 comment... add one now

gjclk gjclk 3:35 PM
Patutunya pihak pentadbir sekolah dan asrama juga didakwa kerana cuai dan menyembunyikan fakta..Kesian anak ini..Sudahlah anak yatim dibuli lgi..Bagi saya pihak pentadbir sekolah dan asrama sepatutnya mengawasi perkara ini dari berlaku dari mula lagi.