Gambar Maut Banjir Lumpur Cameron Highlands-Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.
Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat ketika dihubungi oleh Astro AWANI, turut cedera beberapa orang penduduk.
Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit sedang giat dijalankan.
Morni berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 10 malam tadi berkenaan dua kawasan di Cameron Highlands mengalami banjir dan tanah runtuh iaitu di Kampung Bertam dan Kampung Baru Ringlet.
"Kita juga menerima laporan tiga lelaki turut tertimbus di sebuah bengkel di Ringlet. Seorang darinya hanya tertimbus separuh badan dua lagi terperangkap sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata mereka yang tertimbus itu terdiri daripada dua warga India dan seorang warga tempatan.
Ketiga-tiga mereka yang cedera parah itu berjaya diselamatkan dan kini dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.-astroawani