Adik Dan Rakan Potong Kaki Kakak Bawa Lari

Adik Dan Rakan Potong Kaki Kakak Bawa Lari-Mangsa yang bekerja di sebuah perpustakaan kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital dengan kecederaan teruk.

Mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja Isnin lalu apabila dihalang oleh adik dan anak saudaranya.

Mereka kemudian memotong kaki wanita itu dan membawanya lari dari tempat kejadian.
Balangoda (Sri Lanka) Polis melancarkan gerakan memburu dua lelaki yang memotong kaki seorang wanita di depan sebuah kedai di sini sebelum melarikannya.

Menurut laporan akhbar, seorang daripada lelaki itu ialah adik mangsa dan seorang anak saudaranya.

Pihak berkuasa hospital berkata semalam, mungkin sudah terlambat untuk mereka membantu menyambung semula kaki wanita berkenaan. - Agensi

0 comment... add one now