Ibu Rayu Jangan Sebarkan Gambar Bogel Anak

Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera kerana ia memalukan,” katanya.Setakat ini wanita itu masih belum membuat laporan mengenai tindakan orang ramai membogelkan anaknya itu dan beliau akan berbuat demikian setelah berjumpa anaknya nanti, katanya.


Sementara itu, Ibrahim Ahmad, 69, yang merupakan Imam Masjid Pauh Lima berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membogelkan remaja itu.

“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka remaja itu dibogel orang kampung dan saya tak tahu siapa yang lakukan.

“Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.

Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.

Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.

Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Mazlan berkata insiden bogel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-BERNAMA

0 comment... add one now