Perompak yang dipercayai seorang lelaki itu yang memakai topi keledar mengacukan pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengarahkan mereka masuk ke stor di bahagian belakang.
“Bagaimanapun, sewaktu berada di dalam stor berkenaan, suspek mengarahkan mangsa menutup suis lampu bahagian hadapan kedai dan dalam stor menyebabkan rakaman oleh kamera litar tertutup (CCTV) terhalang kerana gelap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Port Dickson: Seorang perompak merogol dan menyamun seorang wanita yang juga pekerja kedai serbaneka 24 jam, di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an hanya mampu menangis dan merayu supaya tidak dirogol, namun tidak dihiraukan suspek bersenjatakan sebilah pisau terbabit.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dan seorang pekerja lelaki berusia 20-an bertugas di kaunter pembayaran sebelum didatangi suspek.
Sumber berkata, berdasarkan rakaman CCTV itu, kelihatan seorang penghantar akhbar memasuki kedai dan pergi ke kaunter pada jam 6.25 pagi.
Penghabisan cerita kes ni hanya selepas korang beli Harian Metro