Gambar hiasan kolam renang yang dikaitkan dengan renovasi banglow yang sedang aktif dilakukan menurut Sarawak Report yg sebelum ini mendedahkan pembelian kondo mewah Riza anak Rosmah Mansor di New York dan juga filem The Wolf of Wall Street yg didakwa berunsur lucah
Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010 lapor Malaysikini sumber Sarawak Report
Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak rumah Riza Aziz itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.
“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”
Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.