Kes yang difailkan di mahkamah tinggi itu - dilihat mempunyai kesan perundangan penting - membabitkan seorang lelaki kaya yang kini hidup bergantung kepada mesin perubatan selepas mengalami serangan jantung beberapa kali.
Lelaki terbabit kini dianggap boleh meninggal dunia bila-bila saja.
Wanita yang dirujuk sebagai ‘AB’ dalam dokumen mahkamah berkata, pasangannya - dikenali sebagai P - pasti memberi persetujuan bertulis sebelum jatuh sakit jika dia tahu nasibnya kini.
Menurut peguamnya, AB boleh dianggap “isteri” kepada P kerana mereka tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu dan pernah membincangkan untuk berkahwin serta beberapa kali.
“Tahun lalu, P melamar AB dengan memberinya cincin sebagai tanda pertunangan dan lamaran itu diterima wanita berkenaan.
“Malangnya, P terkena serangan jantung dan menerima rawatan intensif awal bulan lalu,” katanya.
Sepanjang tempoh itu sehingga malam sebelum Krismas dia mengalami empat serangan jantung manakala hospital meletakkan P dalam kategori “Tidak Boleh Dipulihkan.” - Agensi