Gambar Kedai P1 Wimax Dirempuh Kereta

Gambar Kedai P1 Wimax Dirempuh Kereta
Beberapa hari lalu, seorang pelanggan telah datang mengamuk di kaunter penyedia perkhidmatan internet ini di Selayang Mall hingga mencetuskan kegemparan di sana.Terbaru, sebuah outlet P1 Wimax di Damansara pula dikatakan hancur dilanggar seorang pelanggan dengan kereta.
Adakah ini hanya sebuah kemalangan biasa atau sebaliknya?
Isk, kalau dah sampai sanggup jahanamkan kereta sendiri untuk tunjukkan perasaan ini bermakna pengguna tersebut memang dah terlalu makan hati dengan syarikat ini.
Dari satu segi, memanglah tindakan mewujudkan page mengutuk P1 Wimax di Facebook, mengamuk di kaunter dan memecahkan kedai adalah perbuatan yang salah.
Tapi dari sudut lain, ini merupakan petanda bahawa pengguna sudah terlalu meluat jadi pihak berkuasa seperti SKMM patut segera tampil membantu pengguna yang berasa diri mereka teraniaya. – mynewshub
                                             Gambar Kedai P1 Wimax Dirempuh Kereta

0 comment... add one now