Harian Metro Promosi Laman Blog Lucah Hari Ini

Harian Metro Promosi Laman Blog Lucah Hari Ini | Terkejut apabila baca harian metro menerusi internet apabila suratkhabar no1 negara itu terang-terangan mempromosi laman blog lucah.Dibawah ini adalah artikel daripada Harian 'Metrok' berkenaan.
Kuala Lumpur: Hanya bermodalkan telefon pintar murah berserta capaian Internet, sesiapa saja termasuk remaja di bawah umur kini boleh mengikuti perbincangan seks, gambar, klip video serta mesej lucah tanpa sebarang sekatan di laman sosial.
Jika sebelum ini negara digemparkan dengan penghasilan klip video, web serta blog lucah, aplikasi Twitter dikesan menjadi trend terbaru kepada generasi moden untuk memuaskan nafsu mereka.


Fenomena ini nyata membimbangkan terutama golongan ibu bapa kerana ramai remaja kini memiliki telefon pintar manakala capaian Internet pula boleh dilanggan dengan kos serendah RM5, malah ada tempat menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma.

Ungkapan seperti ‘I kat dalam bilik tengah bogel sayang’, ‘Hisapkan **** Anis please’, ‘Cepatlah sayang, I tak tahan ni’ adalah antara pertuturan dan perbincangan seks secara terbuka di laman berkenaan dengan purata ribuan pengikut bagi setiap pemilik akaun.

Lebih membimbangkan, terdapat juga gambar, animasi dan klip video seks, humor seks, usikan terhadap pengikut seperti ajakan berasmara secara siber yang boleh mendatangkan kesan buruk jika tidak dipantau.

0 comment... add one now