
Menolak untuk terus dikaitkan dengan Johan, jujurnya Shila mengakui dia selesa untuk hanya dikenali sebagai anak angkat kepada ibu pelakon tersebut. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan akan ada hubungan intim dengan jejaka tersebut lagi.
"Tidak mengapalah saya teruskan hubungan dengan keluarganya. Lagi pun memang kami sudah lama rapat, ia adalah hubungan antara keluarga juga."
Bagaimanapun diuji dengan soalan seandainya jodoh masa depannya adalah dengan lelaki itu, Shila dengan memberikan jawapan yang memperlihatkan sisi kematangannya.
"InsyaAllah tidak akan ada (perkahwinan). Saya lebih selesa menjadi anak angkat keluarga dia sahaja."
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.