Untuk makluman juga, tidak semua sekolah yang mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti ini. Maka, jika sekolah yang tidak memohon untuk cuti berganti yang diselaraskan, sekolah tersebut tidak perlu menggantikan hari persekolahan. Dan, satu lagi jika sekolah tersebut juga tidak memohon cuti peristiwa, maka cuti peristiwa itu boleh digunapakai untuk cuti Hari Raya nanti.
Selalunya, sekolah yang mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Tahun Baharu Cina ini, sekolah SJK (C) dan Sekolah Kebangsaan yang mempunyai murid dan guru Cina yang banyak.
Sebagai rujukan, saya lampirkan lampiran cadangan cuti peristiwa dan cuti berganti sempena Tahun Baharu Cina yang disertakan sekali bersama pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.
Selamat bercuti kepada sekolah yang memohon. Nampak gayanya, sekolah saya akan bersekolah seperti biasa.