Limpahan air juga menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan Pusat Komersil tidak dapat bergerak kerana ditenggelami air.
Seorang penduduk, Razak Ibrahim, 21, berkata, air mulai melimpah dari longkang berhampiran kira-kira jam 7 petang menyebabkan beberapa laluan sekitar tidak dapat dilalui kenderaan ringan.
"Hujan lebat menyebabkan kawasan di sini dilanda banjir kilat. Beberapa kereta tersekat kerana ditenggelami air yang melimpah dari longkang berhampiran.
"Bagaimanapun, paras air kembali susut apabila hujan berhenti kira-kira jam 9 malam dan laluan yang ditenggelami air sudah boleh dilalui semua kenderaan," katanya.