Indon Rompak Satu Bas Di Kajang

Indon Rompak Satu Bas Di Kajang | Mereka (penjenayah) tiba-tiba ketuk pisau pemotong daging di tiang dalam bas dan arahkan penumpang keluarkan barang milik mereka. Kemudian mereka dekati saya dan merampas dompet, beg galas juga telefon bimbit dalam poket seluar.

Ketika itu keadaan dalam bas kelam kabut kerana semua penumpang panik, tapi pemandu bas buat biasa saja macam tak ada apa yang berlaku. Malah dia juga tak mahu jadi saksi terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya pada sidang media bersama Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong, di ibu negara semalam.
(gambar hiasan)


KUALA LUMPUR - Bukan sahaja barang-barang miliknya disamun, malah dadanya turut diacu pisau serta ditendang di bahagian kemaluan oleh sekumpulan penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.

Demikian pengalaman ngeri yang terpaksa dilalui seorang pelajar kolej swasta, JD Yeo, 18, ketika berada dalam sebuah bas di Kajang.

Dalam kejadian pada 9 Januari lalu jam 8 malam, mangsa bersama kira-kira 20 yang lain berdepan detik cemas apabila dua penumpang bertindak mengeluarkan pisau pemotong daging sebelum mengarahkan mangsa mengeluarkan barang.

Yeo yang baru menaiki bas itu dari stesen KTM Kajang cuba untuk turun, namun dihalang.

"Mereka acukan pisau ke dada dan kemaluan saya ditendang," katanya yang masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku.

Tambah Yeo, kejadian berlaku dalam tempoh kira-kira lima minit ketika bas dalam perjalanan ke lokasi berikutnya.


Mangsa kerugian hampir RM2,000 setelah semua barangnya dirampas termasuk kad RapidKL yang baharu ditambah nilai sebanyak RM100 juga wang tunai.

“Penyamun turut 'kebas' set gunting rambut yang saya gunakan untuk kelas belajar gunting rambut di Plaza Sungei Wang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada hari yang sama.

Sementara itu, Wilson berkata, rentetan kejadian, mangsa membuat aduan kepada pihaknya kerana merasakan wujud unsur subahat dengan pemandu bas berkenaan.

Katanya, berdasarkan prosedur, pihak pengurusan bas perlu mengambil berat kes berkenaan berasaskan laporan pemandu bas kerana ia membabitkan keselamatan orang awam.

“Kita juga harap pihak polis dapat membuat tindakan susulan dengan kadar segera,” katanya.


Mod, kalau dah ada sorry ye, cari tak jumpe pulak.

0 comment... add one now