Keputusan STAM 2013-2014 Online Dan SMS

Keputusan STAM 2013-2014 Online Dan SMS |  Tahniah kepada calon yang lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013.Menerusi kenyataan rasmi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Berikut adalah cara semakan keputusan peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan juga calon persendirian.



Cara Semakan Keputusan STAM 2013

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mulai 30 Januari 2014 disekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya.

Semakan STAM Guna SMS

Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip:

Contoh: STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari 2014.


0 comment... add one now