Video Berita Palsu Salji Turun Di Indonesia Dan Filipina | Sebuah laman website Chelms Ford News berjaya membuatkan laman sosial kecoh setelah menyebarkan berita Indonesia dilanda musim salji.Hasil siasatan pihak kami mendapati video laporan berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman “Chelms Ford News” adalah palsu. Video yang mendakwa Indonesia dilanda musim salji sebenarnya dimuat naik pada 9 Ogos 2013 lalu.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat, terdapat beberapa elemen yang meragukan seperti ketiadaan seorang saksi yang dapat ditemuramah untuk membuktikan dakwaan tersebut. Selain itu, tiada laporan rasmi oleh akhbar tempatan atau media antarabangsa mengenai fenomena salji di Indonesia. Terdahulu, akhbar Chelms Ford News juga pernah menyebarkan berita palsu mengenai negara Filipina turun salji pada 23 Julai 2013 lalu. Namun, ianya ternyata tidak benar setelah Jabatan Kaji Cuaca Filipina menafikan dakwaaan tersebut.
Video Laporan Palsu Salji Turun Di Indonesia Januari 2014
Lagi Contoh Video Laporan Palsu Salji Turun Di Filipina