Pengarah kelahiran Muar, Johor itu meninggal dunia pada 15 Julai 2009 pada usia 51 tahun akibat pendarahan otak.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham terkenal menerusi kreativitinya menghasilkan iklan Hari Raya PETRONAS yang meninggalkan impak kepada penonton selain beberapa filem iaitu Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime yang memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.
Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Google memberikan penghormatan itu sebagai memperingati sumbangan Yasmin dalam menyatukan rakyat Malaysia menerusi karyanya.-hmetro