Senarai Negeri Cuti Umum Thaipusam 2014 | Dibawah ini disenaraikan negeri-negeri yang akan cuti umum sempena perayaan Thaipusam pada jumaat 17 Januari 2014. Negeri yang akan mengambil cuti umum sempena hari Thaipusam adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang dan Selangor sahaja. Negeri lain yang tidak dinyatakan akan menjalani hari bekerja seperti biasa.
Pengertian Hari Thaipussam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Tujuan Hari Thaipussam
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.