Update Gambar Lotus Proton Kemalangan Dengan Pemandu Masih Melekat

Gambar Lotus Proton Kemalangan Dengan Pemandu Masih Melekat | Kejadian ini dikatakan berlaku pada 1 jam yang lepas di highway yang menghala ke Selatan.Setakat ini masih tiada maklumat penuh mengenai kejadian.



MUAR: Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa,

Lim Lik Wie, 40, dipercayai berasal dari Johor Bahru cedera parah manakala anjing peliharannya mati di tempat kejadian. Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu. Foto PEMANDU cedera di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

 Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.

0 comment... add one now