Video Guna Kanak-Kanak Curi Barang Kemas

Video Guna Kanak-Kanak Curi Barang Kemas | Polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan, dipercayai warga asing kerana melarikan sebentuk cincin berlian bernilai kira-kira RM5.2 juta kelmarin semalam.



WAJAH seorang wanita bersama seorang budak perempuan (dalam bulatan) dirakam melalui
CCTV yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian cincin berlian di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.

18 Januari 2014

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pasukan itu yang diketuai beliau sendiri sedang mengenal pasti identiti suspek termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kita percaya kesemua suspek masih berada di negara ini dan polis sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk menahan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

0 comment... add one now