Pelanggan Restoran Dikenakan Cas Elektrik Pula

Pelanggan Restoran Dikenakan Cas Elektrik Pula | Mereka pengusaha restoran seolah-olah sengaja mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat demi mengaut keuntungan lebih," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha restoran yang mengenakan caj penggunaan elektrik kepada pelanggan mereka secara melampau.

Presidennya, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihaknya menerima aduan orang awam melibatkan salah sebuah restoran di ibu kota yang didakwa mengenakan caj antara RM4 hingga RM5 kepada pelanggan yang menggunakan elektrik untuk mengecas komputer riba atau telefon bimbit.

Tambahnya, kedai makan 'cekik darah' itu turut mengenakan caj lain-lain bayaran RM5 sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada pihak pelanggan.

"Kedai ini biasa sahaja, tetapi kenapa pengusaha restoran mengenakan caj yang begitu melampau? Seperti ada caj yang tersembunyi.

Sementara itu, dalam tinjauan Utusan Malaysia ke restoran berkenaan semalam mendapati, tiada caj elektrik yang dikenakan kepada pelanggan, termasuk wartawan Utusan Malaysia yang mengecas bateri tablet dan kamera selama hampir satu jam.

Malah, restoran yang didakwa itu juga tidak mengenakan caj lain-lain bayaran.

Dalam pada itu, Saharuddin menyeru kepada orang ramai yang pernah mengalami situasi seumpama itu melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

"Kita mahu orang ramai peka terhadap perkara ini supaya mereka (pengusaha restoran) tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan terhadap pelanggan mereka," ujarnya.

SAHARUDDIN Awang Yahya menunjukkan harga makanan dan caj elektrik pada sidang akhbar berhubung peniaga mengenakan caj elektrik kepada pengguna di Kuala Lumpur, semalam


0 comment... add one now