PETALING JAYA: Penyanyi Wan (Shades) membuat dua laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Instagram yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam di laman sosial itu.
Wan atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 41, berkata, dua laporan tersebut dibuat di Balai Polis Gombak Setia dekat sini pada 31 Disember 2013 dan 1 Januari lalu bagi mengesan pemilik akaun berkenaan supaya tindakan setimpal dapat diberikan atas perbuatan yang jelas menghina masyarakat Islam.
"Laporan polis pertama saya buat secara individu pada 31 Disember lalu bagi melaporkan tentang akaun tersebut dan kemudiannya saya bersama beberapa Badan Bukan Kebajikan (NGO) membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Gombak Setia pada keesokan harinya.
"Tujuan kami membuat laporan tersebut adalah untuk mengesan pemilik akaun tersebut yang secara terang-terangan menghina Islam dengan cukup dahsyat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Wan memberitahu antara NGO yang turut membuat laporan tersebut adalah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) cawangan Gombak, Rukun Tetangga Gombak Setia dan Majlis Belia Daerah, Belia 4B kawasan Gombak.
Wan (paling kiri) bersama beberapa ahli NGO berada di Balai Polis Gombak, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis.
Turut hadir penduduk kawasan Gombak Setia semasa laporan itu dibuat.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia mendapat tahu mengenai akaun tersebut selepas diberitahu oleh penyanyi dan pelakon Azza (Elite) dan mula menyiasat tentang perkara itu.
Kata Wan, gambar-gambar yang dimuat naik dalam Instagram tersebut jelas menghina Allah dan Rasulullah sehingga membuatkannya terpanggil untuk membuat laporan polis.
"Apa yang dilakukan oleh individu tersebut cukup memalukan dan menghina agama Islam. Saya sebagai seorang Muslim sedih dengan perkara itu dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dalang di sebalik akaun tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Wan berkata, dia dan beberapa NGO akan menyerahkan laporan polis yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Jelas Wan, tindakan keras perlu diambil kepada individu tersebut supaya kejadian serupa tidak berulang pada masa hadapan.
"Isu agama ini sangat sensitif dan apa yang dilakukan oleh individu tersebut sangat serius dan saya tidak faham mengapa ada orang yang tidak bertanggungjawab sanggup melakukan perkara terkutuk itu.
"Kami berharap dengan laporan polis yang dibuat pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut," jelasnya sambil memberitahu sempat menyalin paparan pada akaun tersebut..
Bagaimanapun semakan mStar Online mendapati pemilik Instagram berkenaan telah menamatkan akaun itu.