Reza Anak Rosmah Dikeluarkan Dari Senarai Oscar

Reza Anak Rosmah Dikeluarkan Dari Senarai Oscar | Nama Riza Aziz, yang membiayai filem tersebut menerusi syarikat Red Granite Pictures dikeluarkan daripada senarai.Leonardo DiCaprio menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Martin Scorsese dalam kategori Pengarah Terbaik.

KUALA LUMPUR: The Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada Selasa telah mengenalpasti individu yang layak untuk dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik mewakili filem The Wolf of Wall Street.
Mereka terdiri daripada pengarah Martin Scorsese, pelakon Leonardo DiCaprio, Joey McFarland dan Emma Tillinger Koskoff.

Sebelum ini di anugerah Producers Guild of America (PGA), filem itu menyenaraikan Riza Aziz, Koskoff dan McFarland sebagai produser.

Menurut laporan The Hollywood Reporters, kebiasannya Anugerah Akademi akan menerima pakai senarai PGA, namun kali menambah pencetus idea filem itu, Leonardo DiCaprio dan Martin Scorsese sebagai produser.


The Wolf of Wall Street menerima lima pencalonan akhir termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jonah Hill) dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik.

Majlis Anugerah Akademi bakal berlangsung pada 2 Mac depan di Dolby Theatre at Hollywood & Highland Centre.-astro awani

0 comment... add one now