Polis Tangkap 3 Polis Yang Menyamun Di Taman Perumahan

Polis Tangkap 3 Polis Yang Menyamun Di Taman Perumahan | Ketika itu pintu rumah mangsa diketuk sebelum tiga daripada suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan bertindak menggeledah rumah mangsa.Tiba-tiba suspek datang ke arah mangsa dan kemudian membelasahnya dengan menggunakan tangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

KUANTAN 8 Jan. - Tiga anggota polis dan dua rakan mereka ditahan kerana terlibat dalam kejadian samun sebuah rumah di Taman Impian di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa seorang lelaki berumur 28 tahun sedang berada di dalam rumah bersama seorang rakan dan tiga adiknya.

Menurut beliau, kelima-lima suspek berumur lingkungan 19 dan 37 tahun itu kemudian melarikan diri dengan mengambil sebuah komputer riba serta dua utas jam tangan di rumah mangsa.

"Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. Kita telah arahkan anggota ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran rumah mangsa," katanya.

Katanya, hasil siasatan mengesahkan tiga daripada lima suspek merupakan anggota polis dari negeri ini.

"Kita juga menemui barang-barang yang dilarikan suspek dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut beliau, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan.-Utusan

0 comment... add one now