Punca Jackie Chan Dapat Gelaran Datuk Esok

Jackie Chan bakal mendapat gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan esok.Punca Jackie Chan dapat gelaran Datuk menjadi persoalan orang ramai di Malaysia.Mesti ramai yang tertanya-tanya apa jasa pelakon kungfu terkenal dunia ini kepada Malaysia.Jawapan pada soalan ini hanya dapat dijawab pada orang yang memberi title tersebut.Oh Malaysia tanah airku.. tak tahukah mereka ramai yang tergelak sakan bila Shah Rukh Khan dapat title Datuk,kini Jackie chan pula..Adakah selepas ini ada pulak datuk KPOP?
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon kung fu Hong Kong terkenal, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.

Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd. serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Uda Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar.

Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique akan mengetuai senarai penerima darjah kebesaran apabila dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 356 orang akan menerima darjah kebesaran tersebut yang akan berlangsung di Istana Negara.

“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 15 individu akan dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria; Yang Dipertua Koperasi Ukhwah, Datuk Rahim Baba; Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Berhad, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah dan Abdul Aziz Shahar daripada DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd.


Punca Jackie Chang dapat gelaran Datuk tidak dapat respon dari pihak yang beri title tu,selepas ada jawapan.. akan di update kemudian..


-Jackie Chan kelahiran China memilih untuk menetap di Singapura kerana cukai yang rendah dan suasana yang aman damai.Lepas ni Esok boleh la Datuk Jackie sembah hormat ambil title DATUK.

0 comment... add one now