Peti Surat Pos Malaysia Tertinggi Gunung Kinabalu

Peti surat tertinggi di Malaysia ini terletak di Pendant Hut, Laban Rata pada ketinggian 3,289 meter di atas paras laut, peti surat itu yang telah bermula sejak 8 Februa­ri lalu menjadi daya tarikan baharu bagi pendaki Gunung Kinabalu, sekali gus diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peti surat pada aras tertinggi di negara ini.

RANAU 14 Feb. – Selepas Switzerland dan Jepun mampu berbangga memiliki peti surat pelancongan di altitud tertinggi di kawasan pergunungan masing-masing, Malaysia tidak ketinggalan untuk menempa sejarah sama #melalui inisiatif Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) de­ngan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pelancaran peti surat itu di­sem­­purnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dalam satu majlis yang diadakan di kaki Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, dekat sini hari ini.

Menurut Jailani, peti surat berkenaan mampu menaikkan lagi nama Gunung Kinabalu sebagai destinasi pendakian utama dunia memandangkan gunung berkenaan didaki lebih 50,000 pendaki setiap tahun.

“Selepas ini, kita mahu Pos Malaysia dan SKMM memikirkan untuk meletakkan peti surat di kawasan pelancongan lain seperti d#i Tanjung Piai, Johor dan Simpang Mengayau di Kudat atau di pulau-pulau ternama di Semporna, Sabah,” katanya.

Yang turut hadir, Pemangku Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim; Ke­tua Pegawai Kawal Selia dan Industri SKMM, Toh Swee Hoe; Pengerusi Taman-taman Sabah, Datuk Seri Dr. Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmood dan Pengarah Mountain Torq Sdn. Bhd., Wilfred Tok.

Penyampaian pengiktirafan rekod berkenaan telah diserahkan kepada Jailani oleh Pegawai Eksekutif MBOR, Zulhairi Md. Zin.

Melalui peti surat di Gunung Kinabalu itu, satu cap dakwat khas yang memaparkan lukisan Gunung Kinabalu dan aras ketinggiannya boleh dip#roleh di Pendant Hut dan pendaki boleh memperi­ngati pendakian bersejarah mereka de­­­­ngan menghantar surat dan poskad di ketinggian 3,289 meter.

Seorang posmen khusus ditugaskan untuk memungut surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari, setiap hari bekerja dan# diproses di Pejabat Pos Ranau.

Ketika ini, kerja-kerja memu­ngut surat dilakukan oleh seorang pemungut surat dari Mountain Torq, Podyfred Kaingan, 35, yang berpengalaman sebagai porter (pengangkat barang) sejak berusia sembilan tahun.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu, sebelum ini Pos Malaysia telah meletakkan peti surat di Gunung Mat Cincang, Langkawi, Kedah pada aras 700 meter.

“Kita akan terokai untuk me­lakukan perkara sama di kawasan pergunungan lain di negara ini untuk menaikkan nama Pos Malaysia dan juga mempro#mosikan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini,” tambahnya.

0 comment... add one now