Polis Masih Berusaha Tangkap Isis Malaysia 69

Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, empat individ#u dalam video itu berselindung dengan berpakaian serba hitam dan menutup bahagian muka bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti.
#
Dalam video itu, mereka memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun, 11.30 malam, 18 Februari.

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube ‘isis malaysia 69’ bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai mengadaka#n bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan menyiasat kumpulan yang terbabit dengan video itu.

“Sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata pemilik akaun itu dipercayai memuat naik video berkenaan pada Ahad lalu.

Katanya, video bertujuan menghasut orang ramai untuk turut serta dalam perjuangan mereka dengan dakwaan-dakwaan yang dilontarkan.

“Sehingga ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berk#enaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,” katanya. - Bernama

0 comment... add one now