Gadis Pintar Sufiah Cerita Detik Ngeri Jadi Pekerja S#ks

Gadis pintar Sufiah mengakui terbabit dengan industri s#ks selama beberapa bulan pada 2008 lalu.“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pel#anggan.“Gambar saya sebagai pekerja s#ks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Katanya, biarpun, kejadian itu membuatkannya tertekan namun ia menyedarkan dia selain mampu menanganinya dengan baik.

“Sebenarnya bukan saya saja yang diperhatikan malah ramai lagi. Laporan perubatan #mereka diakses, mencari alamat mereka, mengugut, dan merakam mereka secara rahsia.

“Situasi begini cukup membuatkan saya tertekan, hanya menyembunyikan diri dan takut berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Ketika suaminya menamatkan latihan perundangan, Sufiah kembali belajar dalam jurusan ekonomi.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan sekali lagi pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja s#ks.

Kuala Lumpur: “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Katanya, dia juga tidak rasa dirinya pintar biarpun dapat melanjutkan pelaja#ran ke Universiti Oxford pada usia sangat muda.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Sa#ya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Katanya, dia juga sudah lama tidak keluar di mana-mana media dan mahu laporan yang lebih baik terutama bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya.

“Tidak bermakna kisah yang dikongsi menarik minat masyarakat tapi #ada sesetengahnya bersimpati dan mahu tahu kisah saya walaupun ada kalangan mereka tidak mengenali saya,” katanya.

Katanya, dia tidak rasa sesuatu yang luar biasa walaupun sebelum ini menjadi tumpuan media berikutan kemasukannya ke Universiti Oxford.

“Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama.

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” katanya.-mstar

0 comment... add one now